Simpulkan Semua


Silap kau juga menyimpul semua
Kerana masih tiada bertemu jawapan
Pada soalan yang kau sendiri tanya
Ketika tangan mabuk dengan untaian palsu

Tenang
Tika hati bertendang
Anggun kau bersolek
Dengan pelbagai warna
Dan arca masa depan
Kau bandingkan dengan dirimu sendiri
Tidak kau penat beriri hati?

Yang gah
Tak berganjak
Memanjat perlahan jerjak silam
Lenguh berdiri di tepi sumur ingatan
Meracau ikhtiar dengan ratapan
Hanyut perasaan

Tertembus amarah terkial jasad
Lalu terdampar lemah tanpa wudhuk
Melihat pantukan wajah di mirat retak
Dan meriam nafsu termuntah
Menyentak kaki tempangmu serentak
Ramailah yang berbondong tiba
Melawat bukan merawat
Semakin kotai
Terungkai

Siapa berani sanggah?
Jika kau masih belum temu jawapan
Dengan simpulan wayar masih belum kau jumpa hujungnya
Pada silapmu yang kian bertambah punca


**********
swakarya: Rash Rozhams