Atas perbezaan ini kita bersama


Apa yang ku cari
Bukanlah padamu wahai si hati
Kerana tiada satu pun yang sama
Antara kita berdua
Kecuali rasa malu
Geleng bersetuju
Yang dalam diam kini
Kita makin serasi

Apalah yang ku cari
Di sebalik warna warni
Sedangkan kau dan aku
Hanya tunduk membisu
Bila selamanya kita tahu
Dalam kelam pun masih tersenyum
Yang gugur pun kan kembali mengharum

Apalah yang ku cari 
padamu
Kerana aku semakin tak berani 
mengaku
Bahawa sesungguh hati 
tak mampu
Melepasmu begitu…


********** 
 swakarya: Azuan Zameer