Bila Aku Seperti Selalu

Bila aku melangkah maju
Jangan kau pernah lari
Kerana yang berdiri di hadapanmu
Adalah sebenar-benarnya diri

Yang tersisa pada roman
Kau kuis jauh melontari makna
Pasrah menyusur zaman
Tanpa sebarang warna

Sebisa-bisanya sakit
Tak mampu kau telap
Adalah perit
Yang pernah kita hadap 

Selepas ini kau pergilah ke mana pun
Kerana aku sudah cukup luah
Apa yang meracun
Setiap urat nadiku yang kau anggap murah 

Kini kau boleh pergi
Pulang semula ke mana kau perlu
Dan aku kembali menyendiri
Seperti selalu


********** 
swakarya: Rash Rozhams